- Bandwagon and "inevitable-victory" appeals attempt to persuade the target audience to join in and take the course of action that "everyone else is taking."
- Inevitable victory: invites those not already on the bandwagon to join those already on the road to certain victory. Those already or at least partially on the bandwagon are reassured that staying aboard is their best course of action.
- Join the crowd: This technique reinforces people's natural desire to be on the winning side. This technique is used to convince the audience that a program is an expression of an irresistible mass movement and that it is in their best interest to join.
- KOMEN PENULIS
- sudah pasti selepas ini akan ada berita tentang ahli pembangkang yang keluar parti. BN antik
Tuesday, January 25, 2011
kenali propaganda BN 4
Kenali propaganda BN 3
salah satu teknik propaganda yang sering digumakan oleh BN ialah memburukkan reputasi oposisi mereka teknik ini di sebut sebagai
- Making individuals from the opposing nation, from a different ethnic group, or those who support the opposing viewpoint appear to be subhuman (e.g., the Vietnam War-era term "gooks" for National Front for the Liberation of South Vietnam aka Vietcong, (or 'VC') soldiers), worthless, or immoral, through suggestion or false accusations. (wikipedia)
Bertindak ke atas pembakar bendera
LABIS 24 Jan. - Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka yang membakar bendera UMNO di Taman Mewah di sini semalam kerana ia merupakan perbuatan yang tidak beretika dan melampau.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, jika perbuatan itu dibiarkan tidak mustahil perkara lebih buruk berlaku dan keadaan menjadi semakin tidak stabil.
"Walaupun keadaan berkempen sekarang ini masih terkawal tetapi kita minta tindakan segera perlu dikenakan. Perkara ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.
"Kita tidak menuduh sesiapa tetapi mana-mana pihak tolong hentikan perbuatan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Bilik Gerakan MIC di Bukit Dato' di sini hari ini.
Semalam, dua kes bakar bendera UMNO dilakukan di taman itu pada pukul 6.30 pagi dan 9.30 pagi dipercayai dilakukan penyokong Pas.
Berikutan itu, Pemuda UMNO Johor Bahru membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi di Balai Polis Labis.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan agar perkara itu tidak berulang.
Pada masa sama beliau mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terikut-ikut atau membalas perbuatan tersebut.
Beliau turut melahirkan kesal dengan cara Pas berkempen yang mendoakan agar bala diturunkan terhadap UMNO.
Jelasnya, perbuatan itu amat memalukan kerana Pas mendakwa kononnya sebuah parti Islam tetapi perbuatannya tidak mencerminkan ajaran agama suci itu.
komen penulis
Berita ini memberi gambaran bahawa Pas adalah Parti Extremist di dokong oleh extremis, pembuat kacau dan tidak menghormati undang-undang. Namun setakat ini tiada bukti ianya di lakykan oleh penyokong PAS.
Saturday, January 22, 2011
Jabatan First Lady di JPM
Semakan yg aku buat di laman web Jabatan Perdana Menteri mendapati kini telah ditubuhkan satu bahagian baru yg tidak pernah ada sebelum ini iaitu Bahagian Wanita Pertama Negara yg disamarkan sebagai FLOM Division (First Lady of Malaysia Division). Boleh rujuk pautan ini:
http://www.pmo.gov.my/?menu=page&page=1947
Bahagian FLOM ini dibarisi oleh:
1. Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod - Pegawai Khas
2. Saleha binti Mohd Rabani - Pembantu Peribadi
3. G. Vimala - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
4. Siti Zaiton binti Abdul Ghani - Pembantu Peribadi
5. Rizal bin Mansor - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
6. Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed - Penolong Pegawai dgn Tugas Khas
F.L.O.M. DIVISION | ||||
Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod | Special Officer |
| 03-8888 9872 | 03-8888 3424 |
Saleha binti Mohd Rabani | Personal Assistant |
| 03-8888 8037 | 03-8888 3424 |
G. Vimala | Asst. Officer with Special Functions |
| 03-8888 1952 | 03-8888 3424 |
Siti Zaiton binti Abdul Ghani | Personal Assistant |
| 03-8888 8047 | 03-8888 3424 |
Rizal bin Mansor | Asst. Officer with Special Functions |
| 03-8888 8015 | 03-8888 3424 |
Nurul Rosemiemmy binti Khasimi@Mohamed | Asst. Officer with Special Functions |
| 03-8888 1972 | 03-8888 3963 |
Menurut seorang kawan aku yg bertugas di JPM, penubuhan Bahagian baru ini khas utk menguruskan urusan Rosmah Mansor, yg sebelum ini tidak pernah wujud.
Harap kau boleh dedahkan perkara ini kerana Isteri Perdana Menteri selayaknya tidak diperuntukkan utk memiliki satu Bahagian khas dlm JPM yg mana gaji para pegawai dibayar dgn menggunakan dana awam.
Peraturan boleh di buat.
Lawatan Rosmah ikut peraturan – Rais
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.
Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.
Rais berkata demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.
“Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Rais juga berkata, terdapat pihak-pihak, terutama pembangkang, yang tidak mengetahui alur serta peraturan pentadbiran negara dengan menganggapnya sebagai sesuatu di luar keadaan yang dibenarkan.
Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata, Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.
“Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara,” katanya.
Rais berkata, adalah tanggungjawab pihaknya untuk menerangkan kepada rakyat mengenai status kepentingan lawatan Rosmah dalam membantu negara.
“Kita perlu terangkan jika tidak akan ada yang beranggapan ini dibuat sesuka hati,” katanya.
Beliau berkata, secara tidak langsung lawatan sedemikian dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar, serta membantu mengharumkan nama di persada antarabangsa yang akan membawa perkembangan yang baik kepada negara. – Bernama
komen
Soalnya perlu kah lawatan tu. Apa keuntungan pada makcik felda, peniaga warung, peniaga pasar malam, kerani kerajaan dan rakyat biasa. Dan yang paling penting berapa BELANJAnya. Kerajaan yang efisien adalah kerajaan yang membelanjakan wang rakyat secara berhemah bukan ikut nafsu
Kenali propaganda BN (2)
Johor belanja RM80 juta bina 120 sekolah agama
LABIS 21 Jan. - Kerajaan negeri Johor akan mengeluarkan peruntukan berjumlah RM80 juta bagi membina 120 Sekolah Agama Negeri dalam tempoh dua tahun ini dalam memenuhi keperluan masyarakat yang mahukan pendidikan agama disampaikan dari usia muda.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, buat ketika ini, terdapat 552 Sekolah Agama Negeri di seluruh negeri ini namun sebanyak 172 daripadanya beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah-sekolah kebangsaan.
"Lebih 70 peratus dari sekolah agama ini telah pun memiliki bangunan sendiri menerusi peruntukan kerajaan negeri dan dengan pertambahan pelajar serta permintaan berterusan, kerajaan negeri akan mempercepatkan usaha untuk membina sekolah-sekolah ini," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Agama Labis yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.
Sekolah agama berkenaan bakal memiliki bangunan baru bernilai RM2.4 juta yang akan menempatkan 12 bilik darjah serta dijangka siap pada bulan September ini
Menurut Abdul Ghani, masyarakat negeri ini sememangnya prihatin kepada keperluan pendidikan agama Islam dengan jumlah pelajar sekolah agama di seluruh negeri adalah melebihi 200,000 orang.
"Kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk mempertahankan kepentingan sekolah agama dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
"Sumbangan daripada masyarakat juga adalah amat dihargai kerana lebih 50 peratus Sekolah Agama Negeri telah dibina di atas tanah wakaf," katanya.
Tambahnya, bagi memantapkan lagi pendidikan agama Islam, kurikulum baru akan turut diperkenalkan pada tahap darjah empat sekolah berkenaan iaitu pengajaran kandungan al-Quran dan terjemahannya.
Tiada batasan politik salur bantuan kepada SAR
LABIS 21 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meletakkan soal politik sebagai batas perbezaan sehingga Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri pembangkang tidak menerima bantuan peruntukan.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, sebaliknya Kerajaan Persekutuan tetap meneruskan mana-mana perjanjian yang telah dimeterai dengan kerajaan negeri bagi memastikan pendidikan agama Islam di negara ini diperluaskan.
"Sesetengah daripada kerajaan-kerajaan negeri pembangkang itu juga pernah berada di bawah Barisan Nasional (BN), kita tidak mempunyai sebarang masalah, malah kerajaan negeri Selangor juga sudah serah dan tiada masalah untuk kita bantu.
"Apabila Kerajaan Pusat buat keputusan, kita tidak melihat daripada soal politik, kita melihat soal kepentingan rakyat, kita melihat daripada soal pendidikan agama Islam," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini.
Jelas Muhyiddin, bantuan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan itu merangkumi pembinaan infrastruktur sekolah, bayaran gaji dan elaun tenaga pengajar serta khidmat latihan.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan peruntukan RM70 juta di Parlimen antara lain untuk Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Rakyat untuk kita agih pada mereka tapi mereka harus sedia untuk terlibat sama," katanya.
Dalam ucapan pada majlis itu juga, Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM226 juta bagi pembayaran dalam bentuk emolumen dan perkhidmatan bagi kawalan dan kebersihan untuk sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh negara.
Katanya, pengagihan peruntukan RM9 juta turut diberikan bagi sekolah-sekolah berkenaan dalam membolehkan pendidikan agama diperoleh golongan kanak-kanak.
KOMEN PENULIS
Ini komik nya BN, bila nak pilihanraya mula lah umum JUTA2/BILLION2 punya projek. tapi ada harganya, subsidi nak dihapuskan bermakna harga barang akan mahal. Cukai-cukai baru di perkenalkan, bermakna pendapatan bersih akan berkurangan. fikir-fikirkan
Friday, January 21, 2011
kenali Propaganda BN
1.
30 laporan polis berkaitan PRK DUN Tenang sejak 1 Januari
LABIS, 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang sejak 1 Januari lepas.
Jurucakap PDRM bagi DUN Tenang Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka manakala bakinya diklasifikasikan sebagai ”tidak ada tindakan lanjut” kerana kesalahan yang dilaporkan tidak tertakluk di bawah mana-mana akta.
"Laporan-laporan yang disiasat ini kebanyakkannya berkisar tentang ceramah-ceramah dan kempen yang diadakan tanpa permit polis, dan kita juga sedang menyiasat sebuah laporan mengenai kes fitnah,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini. - Bernama
komen penulis
Ini cuma mukadimah. Media arus perdana akan cuba mengambarkan parti pembangkang akan membuat kacau, tidak mengikut undang-undang dan melakukan provokasi dalam pilihanraya kecil ini. Lapuran2 akan menyusul kemudian. InsyaAllah, saya akan cuba mendapatkannya
Thursday, January 20, 2011
mother of corruption in action
Peruntukan: Warga Felda sambut baik
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Peruntukan RM1.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembangunan Felda semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi warga Felda.
Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata, peruntukan berkenaan sudah semestinya menggembirakan semua warga peneroka daripada 317 buah Felda di seluruh negara.
“Pemberian ini dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, pendidikan dan sosial di tanah rancangan serta penting dalam memacu pembangunan infrastruktur, operasi, kebajikan, pendidikan dan pengurusan Felda.
“Ia juga sejajar dengan matlamat GWGF untuk 20 tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Semalam di Labis, Johor, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion itu untuk memaju dan membangunkan warga Felda di seluruh negara pada tahun ini.
Menurut Najib, peruntukan itu merangkumi pelbagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan masyarakat Felda termasuk pengurusan, pinjaman, perparitan dan prasarana yang lain.
Kata Perdana Menteri, peruntukan besar itu sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Felda bankrap.
Rozali memberitahu, peruntukan yang besar itu turut disokong oleh 12 persatuan gabungan lain seperti Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM), Pertubuhan Penerokawati Felda, dan Pertubuhan Anak-anak Peneroka Luar Negara.
Katanya, masalah perumahan generasi kedua Felda yang dipanjangkan ke Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) menemui penyelesaian apabila Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta dana khusus untuk pembangunan prasarana 500 lot tanah kepada generasi kedua peneroka di Johor.
“Ini adalah titik permulaan dan GWGF berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan di negeri lain,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, GWGF menyeru agar semua warga Felda mensyukuri nikmat yang diberikan ini.
‘‘Kita berharap pihak Felda dapat merancang peranan generasi barunya dengan lebih sistematik dan menyeluruh,’’ katanya.
kata tok mushi
Bukankah ini rasuah. kalau nak umum peruntukan mengapa mesti tunggu pilihanraya. mengapa hanya generasi kedua peneroka di tenang saja dapat lot tanah. macam mana dengan lebih 300 gugusan felda lain di seluruh negara
bolehkah rosmah belanja duit negara
Mengenai bolehkah duit negara digunakan membiayai lawatan dan kegiatan isteri Perdana Menteri, saya ingin merujuk Sdr Bawal dan para pembaca sekalian kepada laporan New Straits Times pada 12.11.2010 yang berbunyi:
“NO permanent or contractual staff are provided for Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
In a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib said officers from his office sometimes helped his wife in carrying out her official duties.
However, the Members of Parliament (Remuneration) Act 1980 states that the prime minister's wife is entitled to claim food, lodging and winter apparel allowances when she accompanies her husband on his official duties overseas.”
(Tidak ada pegawai tetap atau kontrak diperuntukkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera), Najib berkata pegawai dari pejabatnya kadang kala membantu isterinya menjalankan tugas rasminya.
Bagaimanapun, Akta Ahli Parlimen (Gajian) 1980 mengatakan isteri Perdana Menteri berhak membuat tuntutan elaun makan, penginapan dan pakaian musim sejuk apabila mengiringi suaminya dalam tugas rasmi di luar negara.”)
Terpulanglah kepada pembahas dan pembaca membuat interpretasi dan mencari kesimpulan mengenai lawatan Rosmah ke Asia Barat tanpa diiringi oleh Perdana Menteri.
source http://kadirjasin.blogspot.com
Pilihanraya- BN antic
Peneroka Felda di Johor dapat lot tanah
PM umum pemberian lot tanah sebagai tapak rumah adalah hasil perjuangan Anak.
PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan kerajaan memberi satu lot tanah kepada setiap peneroka di Johor yang melibatkan sebanyak 500 lot kesemuanya, bernilai RM8.5 juta adalah hasil dari perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian lot tanah itu sebagai tapak rumah sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak, Labis semalam.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih dan perjuangan Anak selama ini.
“Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan dari kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Semuanya hasil perjuangan melalui wadah Anak. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan kepada Anak di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan.
“Ini ditambah pula dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantations yang dianggap tidak adil kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Idris, PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput sehingga mendorong Najib meluluskan projek di Tenang.
PAS, katanya, mengharapkan Najib juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain dari negeri Johor.
“Di seluruh negara terdapat 317 rancangan melibatkan lebih 112,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihan raya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka di tempat yang tidak ada pilihan raya kecil,” tambahnya.
Bukti Rosmah tak peduli penderitaan rakyat
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.
Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.
"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.
"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di Muscat dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.
Berucap di sidang antarabangsa
Dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).
Beliau merupakan tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.
Rosmah juga mengulas mengenai lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini di mana beliau memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.
"Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang perdana menteri. Apa yang nyata, mereka telah menyelidik dan mengkaji untuk melihat apa yang saya telah sumbangkan kepada pendidikan kanak-kanak terutama bagi yang berumur di bawah empat tahun dan begitu juga dengan kanak-kanak yang berbakat.
"Dan saya sangat gembira bahawa malah di Arab Saudi, mereka telah mengiktiraf kenyataan bahawa adalah sangat penting memberi perhatian kepada pendidikan awal dan jagaan ke atas kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang berbakat," katanya.
Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.
"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."
"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh perdana Menteri, timbalan perdana menteri dan kabinet.
"Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya."
- Bernama
tok munshi berkata
berapa kos keseluruhan lawatan. Siapa yang menanggung kos tersebut. Banyak lagi masalah rakyat yang belum selesai. kehidupan makin sempit. harga barang melambung, kos sara diri meningkat. Cuba fikirkan pekara yang boleh ringan kan rakyat,bukan "mengabih kan borah"