Ramai yang kurang yakin dengan keberkesanan rancangan pemboikotan barangan Amerika, malah tidak kurang yang menempelak sinis. Antara soalan yang di kemukakan adakah ianya berkesan. Ada pula yang takut tempias nya akan terkena kepada kita sendiri dengan alasan ramai warga kerja syarikat2 ini adalah orang Islam.
Suka di tegaskan di sini bahawa tindakan ini memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap asal usul gerakan zionis dan kekuatannya masa kini. Ianya juga memerlukan iltizam yang tinggi bersama satu rasa tanggungjawab terhadap agama dan kemanusian itu sendiri. Tindakan ini juga haruslah dilihat sebagai satu gerakan baru bagi melahirkan produk-produk tempatan yang berkualiti setidak-tidak nya setanding dengan jenama tersohor tersebut.
Saya bersetuju dengan pandangan Dato Dr Maamoor, bahawa ketakutan akan kehilangan pekerjaan hanyalah satu lagi retorik yang dimainkan oleh pelobi Yahudi. Megikut hukum ekonomi, (teori keseimbangan pasaran) jika berlaku kekosongan atau pengurangan dalam penawaran tetapi permintaan berada pada paras yang sama, maka satu entiti baru akan wujud bagi mengisi kekosongan penawaran tersebut. Yang menjadi isu bukannya pemintaan pengguna tetapi bagai mana meransang pemintaan melalui kaedah komunikasi yang profesional dan berkesan.