OK. OK. OK. Kalau betul pun RPK kata tuduhan nya terhadap Najib adalah konspirasi pihak lain (sebenarnya putar belit media. lihat http://malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/39741-my-new-straits-times-and-straits-times-singapore-interview ) tidaklah membuatkan bebanan Najib terhadap persepsi umum tentang motif di sebalik pembunuhan Altantuya selesai.
persoalan tentang mengapa dia di bunuh, atas arahan siapa dan siapa di sebalik pembunuhan itu masih misteri.
Walaupun dua orang anggota polis telah di sabitkan kesalahan atas pembunuhan tersebut namun sepanjang perbicaraan, motif pembunuhan tidak pernah di bangkitkan. Adalah tidak masuk akal bagi sesiapa yang waras untuk dengan sengaja atau suka-suka membunuh seseorang yang tidak dikenalinya. Bagaimana pula tentang akuan bersumpah PI Balasundram., dan dakwaannya yang mengatakan dia dibayar oleh pihak tertentu untuk mengubah pendirian .
Maka persoalan dan persepsi umum terhadap isu ini bukan mudah untuk di hilangkan walaupun dengan percubaan pihak media untuk memanipulasi isu ini. Hanya satu cara untuk Najib membersihkan namanya, iaitu dengan menubuhkan Suruhan Diraja.