Tuesday, March 15, 2011

Antara cabaran terbesar pakatan rakyat menjelang PRU13

antara cabaran terbesar parti pembangkang di Malaysia ialah kebebasan media. Telah terbukti tahap kebebasan media di Malaysia amat rendah. Ianya dilakukan dengan adanya pelbagai akta termasuk akta mesin cetak, akta hasutan dan bermacam2 akta lagi. Ditambah dengan kawalan penuh pemerintah terhadap media arus perdana.


Indeks kebebasan akhbar 2010 bagi Malaysia yang mengejutkan
Posted on Tuesday, March 15 @ 00:38:25 PDT by paktam
Oleh: ZULKIFI YAHAYA
Indeks kebebasan akhbar adalah kedudukan tahunan bagi setiap negara di dunia ini mengenai kebebasan akhbar yang wujud di negara itu. Ia dibuat dan diterbitkan oleh kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders, RWB) berasaskan penilaian organisasi terhadap rekod kebebasan media. Negara paling kecil sekalipun, seperti Andorra juga termasuk dalam penilaian tersebut.
Laporan dibuat berdasarkan soal selidik yang dihantar kepada pertubuhan yang menjadi rakan kerjasama RWB (14 kumpulan organisasi dari lima benua) serta 130 koresponden di serata dunia yang terdiri dari wartawan, penyelidik, pengamal undang-undang serta aktivs hak asasi manusia.
Soalan kajiselidik bertumpu pada aspek serangan langsung terhadap bidang kewartawanan dan media sepertimana tekanan sumber tidak langsung lain terhadap kebebasan media. RWB amat berhati-hati dalam mencatat indeks kerana penumpuan hanya terhadap aspek kebebasan akhbar dan bukan mengukur kualiti jurnalisme.
Apa yang paling mengejutkan dalam laporan tersebut bagi tahun 2010 ialah kedudukan Malaysia jatuh merudum ke tempat 141 dari 178 negara yang dibuat penilaian. Jika dihitung kedudukan Malaysia dari bawah, maka negara kita menduduki tempat 38; merupakan pencapaian ‘cemerlang’ bagi kalangan negara yang sangat tebal kongkongan medianya.
Angka paling kecil dijadikan indeks paling baik tahap kebebasan akhbarnya, manakala paling besar sebagai paling buruk. Maka bagi tahun 2010 Malaysia memperolehi 50.75, merupakan indeks tercorot dalam tempoh lapan tahun. Catatan indeks Malaysia adalah seperti berikut; 2009 (44.25), 2008 (39.50), 2007 (41.00), 2006 (22.25), 2005 (33.00), 2004 (39.83), 2003 (32.00) dan 2002 (37.83).
Di Malaysia, penilaian yang dibuat tentulah kepada semua akhbar, tidak terhad kepada akhbar berbahasa Malaysia sahaja yang hampir keseluruhannya dibawah kongkongan kerajaan BN. Akhbar berbahasa Cina, sekalipun masih terkongkong di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tetapi mereka masih mempertahankan sikap bebas, menyiarkan laporan seimbang terhadap semua pihak.
Jika indeks kebebasan akhbar dibuat terhadap akhbar berbahasa Melayu sahaja (yang berat sebelah) yang lebih besar pengaruhnya terhadap kaum majoriti negara ini, maka catatan indeks akan lebih buruk dan mungkin setanding dengan Burma, Korea Utara dan Eritrea.
Apa yang mengejutkan ialah kedudukan indeks kebebasan akhbar Malaysia jauh lebih buruk dari Mesir, Algeria dan Jordan yang sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat kini. Antara rakan dalam kelompok Malaysia ialah Libya dan Tunisia, juga dua buah negeri yang karam dalam kebangkitan rakyat.
Maka timbul persoalan sekarang, apakah azam untuk menawan Putrajaya masih terdapat cahaya harapan di hujung terowong dalam keadaan semua media utama (khususnya media berbahasa Melayu) di negara ini tidak bebas, sentiasa berat sebelah dengan memihak kepada BN seratus peratus dan tidak pernah memberi ruang kepada pembangkang barang sepicing pun?
Penilaian terhadap parti politik di mana-mana pun dalam sistem demokrasi di dunia ini ditentukan oleh persepsi. Persepsi pula ditentukan oleh maklumat yang diterima. Oleh kerana rakyat Malaysia keseluruhannya dimomokkan oleh versi sebelah pihak sahaja, maka secara logiknya BN akan terus mendapat mandat sampai bila-bila selagi persoalan kebebasan media tidak dibetulkan.
Harus diingat bahawa itu baru persoalan kebebasan media. Belum lagi bicara soal jentera kerajaan yang diperkudakan, rasuah untuk pengundi dihalalkan dan manipulasi oleh SPR sebagai pengadil yang berat sebelah.
Sebahagian besar masalah dan ‘kelemahan’ dalaman Pakatan Rakyat adalah angkara manipulasi media. Mereka sangat berkuasa dalam membuli PR kerana kerana tiada media konvensional yang menjadi alternatif kepada PR. Masalah kecil berkaitan PR diperbesarkan, manakala jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan digelapkan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju DAP digambarkan sebagai anti Melayu/Islam tetapi penjelasan balas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap semua isu yang dibangkitkan tidak pernah disiarkan. 30 orang penyokong BN berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor disiarkan di semua media, walhal lebih 30 ribu pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut tidak disiarkan oleh media tersebut, walaupun dengan gambar sebelah kaki.
Maka cabaran terbesar PR untuk menghadapi PRU 13, bukannya isu tetapi bagaimana mempastikan isu dan maklumat sampai ke setiap pemikiran rakyat secara langsung dan pantas. Himpunan Bersih ke dua baru di peringkat ugutan. Setengah juga rakyat Malaysia pernah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 2007. Apabila PR berjaya menawan lima buah negeri, Bersih pun menyepi sekian lama, walhal tiada satu pun tuntutan bersih yang ditunaikan oleh kerajaan yang memerintah.
Himpunan Bersih 2 yang dirancangkan adalah antara langkah membersihkan negara dari pelaksanaan demokrasi yang tidak bersih. BN pasti takut jika rakyat berjaya menggerakkan demonstasi besar seperti itu kerana mutakhir ini banyak kerajaan-kerajaan tua di dunia tumbang melalui demonstrasi jalanan.
Oleh kerana sukarnya untuk menumbangkan BN dalam suasana demokrasi tidak bersih, maka kerja membersihkan demokrasi adalah lebih aula dari menyertai pilihanraya dalam keadaan yang kotor.

ke arah mengukuhkan pendapat umum- satu agenda umno/bn

peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah."Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarangan mahkamah pagi tadi.Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang.Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan.Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya.Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah.Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung.Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh.Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara."Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu."Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi.

Umno nodai hak istimewa orang Melayu

Umno nodai hak istimewa orang Melayu
by YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang on Tuesday, March 15, 2011 at 2:49pm

Hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' Umno.
Hak itu hanya berlegar dan dirasai kelompok parti pemerintah sahaja dan rakyat selainnya tidak merasai keistimewaan yang dijanjikan perlembagaan itu.
Apa yang merisaukan kita, hak istimewa ini tidak dijaga dengan baik menyebabkan fanatik kepartaian berlaku.
Yang dipentingkan adalah bumiputera yang menyokong Umno, yang sokong parti pemerintah di Sabah dan Sarawak, kemudian ditambah lagi kroni-kroni pemimpin tertentu.

Pakatan Rakyat sebelum ini sering dituduh cuba menghapuskan hak istemewa itu biarpun mereka dalam konvensyen membuat resolusi untuk mempertahan segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan.
Parti pemerintah sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dalam menunaikan hak perlembagaan dan sepatutnya adil terhadap semua rakyat bukan kepada kelompok mereka sahaja.
Perkara tersebut berlaku akibat pemimpin negara melebihkan perjuangan bangsa berbanding agama.
Ia ditambah lagi dengan sikap pemimpin Melayu yang tidak mengamalkan akhlak Islam sebenar seperti terlibat rasuah dan salahguna kuasa.
Pimpinan utama Umno sendiri, Tun Mahathir Mohamad menyatakan secara terbuka bahawa parti pemerintah dibejati gejala rasuah dalam pemilihan mereka.
Dalam perlembagaan ujarnya lagi, hak istimewa orang Melayu diletakkan kerana menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah majoriti Islam dan diakui kaum lain.
Tapi kita mesti ingat, bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauhmana mereka berpegang kepada ajaran Islam.
komen penulis.
dah lama regim UMNO memperalatkan keistimewaan orang melayu. Projek kerpan pada era 80an dulu adalah contoh bagaimana beratus-ratus ekar tanah rezab melayu di rembat. sekarang fokus mereka macam mana nak rembat tanah kampung baru kuala lumpur.

Kekangan media arus perdana

Media tak demokratik, kata Hadi
Feb 26, 11 3:56pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam pengamal media khususnya media arus perdana kerana dikatakan tidak demokratik dan tidak bersikap adil dalam membuat liputan parti pembangkang.

Hadi berkata sehingga kini BN terus menggunakan sepenuhnya media arus perdana seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian bagi menentang pembangkang.

Bercakap kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau, Hadi berkata BN turut menggunakan sepenuhnya media milik kerajaan semasa kempen pilihan raya.

"Ini tidak demokratik dan sebab itu keputusan pilihan raya tak boleh diukur kerana rakyat tidak mendapat semua maklumat.

"Media termasuklah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) masih ada terang-terang di sini...pegawai-pegawai yang berpihak kepada BN dalam SPR yang mengurus dan menjamin BN menang melalui daftar pemilih," katanya.

- Bernama

saya bersetuju dengan pendapat TGHH dan rasanya sesiapa sahaja yang sihat akalnya dapat menilai bagaimana media dan maklumat cuba di kuasai dan di perkudakan untuk kepentingan dan kelangsungan regim BN.