Saya telah lama meragui gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM. Bukan lah kerana "idea PM" ini tidak bernas. Kalau dilihat dari perincian yang di berikan oleh PM dan promosi (indoktrin) oleh pihak kerajaan , tidak syak dasar kerajaan ini amat baik.
Keraguan asas saya adalah kerana ia dicetuskan dan dilaksanakan oleh pemimpin UMNO. Ini adalah kerana falsafah perjuangan UMNO amat bertelntangan dengan idea yang cuba di terapkan. Dasar perjuangan UMNO adalah berjuangan untuk kepentingan orang Melayu dan doktrin yang dogmatik ini tidak pernah berubah.Oleh itu , kita dapat lihat di negeri Pulau Pinang dan Selangor, hulubalang2 UMNO tak habis2 mempertikaikan dasar kerajaan Pakatan yang dikatakan tidak pro Melayu( baca tidak pro kroni UMNO).
Tindakan akhbar Utusan (UMNO) yang semakin aggresif membentuk pendapat umum mengenai survival bangsa Melayu dan agama Islam dengan mengunakan kaeadah
penentuan agenda (agenda setting) dan propaganda semakin menyerlahkan kepalsuan Konsep 1Malaysia yang cuba di bawa oleh PM. Ini adalah kerana, PM sebagai Presiden UMNO lebih maklum tentang peranan yang dimainkan ileh Utusan.
Kesimpulannya disini Konsep 1Malaysia hanyalah pertunjukan wayang kulit yang tok dalangnya adalah Najib Razak bagi menghiburkan rakyat jelata yang kurang daya pemikirannya.