Thursday, January 20, 2011

Pilihanraya- BN antic

Peneroka Felda di Johor dapat lot tanah

January 19, 2011

PM umum pemberian lot tanah sebagai tapak rumah adalah hasil perjuangan Anak.

PETALING JAYA: PAS mendakwa tindakan kerajaan memberi satu lot tanah kepada setiap peneroka di Johor yang melibatkan sebanyak 500 lot kesemuanya, bernilai RM8.5 juta adalah hasil dari perjuangan Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian lot tanah itu sebagai tapak rumah sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak, Labis semalam.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih dan perjuangan Anak selama ini.

“Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan dari kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Semuanya hasil perjuangan melalui wadah Anak. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan kepada Anak di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan.

“Ini ditambah pula dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantations yang dianggap tidak adil kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Idris, PAS yakin stok penimbal Umno di Felda semakin reput sehingga mendorong Najib meluluskan projek di Tenang.

PAS, katanya, mengharapkan Najib juga mengumumkan peruntukan kepada generasi kedua selain dari negeri Johor.

“Di seluruh negara terdapat 317 rancangan melibatkan lebih 112,000 peneroka. Tidak adillah jika peneroka Johor sahaja yang dapat, kebetulan ada pilihan raya kecil Tenang, bagaimana pula nasib peneroka di tempat yang tidak ada pilihan raya kecil,” tambahnya.

No comments: