Friday, January 21, 2011

kenali Propaganda BN

Sempena pilihanraya Dun Tenang saya akan menyelitkan beberapa elemen propaganda yang di gunakan oleh BN. untuk mengetahui apa itu propaganda sila rujuk tulisan saya http://munshiabdullahthejunior.blogspot.com/2009/03/bagaimana-menapis-berita-dan-kenali.html. lapuran2 yang saya siarkan ini tidak mengikut kronologi hanya secara rawak.

1.

30 laporan polis berkaitan PRK DUN Tenang sejak 1 Januari
22/01/2011 6:14pm

LABIS, 22 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 30 laporan berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tenang sejak 1 Januari lepas.

Jurucakap PDRM bagi DUN Tenang Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka manakala bakinya diklasifikasikan sebagai ”tidak ada tindakan lanjut” kerana kesalahan yang dilaporkan tidak tertakluk di bawah mana-mana akta.

"Laporan-laporan yang disiasat ini kebanyakkannya berkisar tentang ceramah-ceramah dan kempen yang diadakan tanpa permit polis, dan kita juga sedang menyiasat sebuah laporan mengenai kes fitnah,” katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini. - Bernama

komen penulis

Ini cuma mukadimah. Media arus perdana akan cuba mengambarkan parti pembangkang akan membuat kacau, tidak mengikut undang-undang dan melakukan provokasi dalam pilihanraya kecil ini. Lapuran2 akan menyusul kemudian. InsyaAllah, saya akan cuba mendapatkannya