Saturday, January 22, 2011

Kenali propaganda BN (2)

Johor belanja RM80 juta bina 120 sekolah agama

LABIS 21 Jan. - Kerajaan negeri Johor akan mengeluarkan peruntukan berjumlah RM80 juta bagi membina 120 Sekolah Agama Negeri dalam tempoh dua tahun ini dalam memenuhi keperluan masyarakat yang mahukan pendidikan agama disampaikan dari usia muda.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, buat ketika ini, terdapat 552 Sekolah Agama Negeri di seluruh negeri ini namun sebanyak 172 daripadanya beroperasi dengan menumpang di bangunan sekolah-sekolah kebangsaan.

"Lebih 70 peratus dari sekolah agama ini telah pun memiliki bangunan sendiri menerusi peruntukan kerajaan negeri dan dengan pertambahan pelajar serta permintaan berterusan, kerajaan negeri akan mempercepatkan usaha untuk membina sekolah-sekolah ini," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Agama Labis yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.

Sekolah agama berkenaan bakal memiliki bangunan baru bernilai RM2.4 juta yang akan menempatkan 12 bilik darjah serta dijangka siap pada bulan September ini

Menurut Abdul Ghani, masyarakat negeri ini sememangnya prihatin kepada keperluan pendidikan agama Islam dengan jumlah pelajar sekolah agama di seluruh negeri adalah melebihi 200,000 orang.

"Kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk mempertahankan kepentingan sekolah agama dan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

"Sumbangan daripada masyarakat juga adalah amat dihargai kerana lebih 50 peratus Sekolah Agama Negeri telah dibina di atas tanah wakaf," katanya.

Tambahnya, bagi memantapkan lagi pendidikan agama Islam, kurikulum baru akan turut diperkenalkan pada tahap darjah empat sekolah berkenaan iaitu pengajaran kandungan al-Quran dan terjemahannya.

Tiada batasan politik salur bantuan kepada SAR

LABIS 21 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak pernah meletakkan soal politik sebagai batas perbezaan sehingga Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri pembangkang tidak menerima bantuan peruntukan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, sebaliknya Kerajaan Persekutuan tetap meneruskan mana-mana perjanjian yang telah dimeterai dengan kerajaan negeri bagi memastikan pendidikan agama Islam di negara ini diperluaskan.

"Sesetengah daripada kerajaan-kerajaan negeri pembangkang itu juga pernah berada di bawah Barisan Nasional (BN), kita tidak mempunyai sebarang masalah, malah kerajaan negeri Selangor juga sudah serah dan tiada masalah untuk kita bantu.

"Apabila Kerajaan Pusat buat keputusan, kita tidak melihat daripada soal politik, kita melihat soal kepentingan rakyat, kita melihat daripada soal pendidikan agama Islam," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Agama Labis di sini hari ini.

Jelas Muhyiddin, bantuan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan itu merangkumi pembinaan infrastruktur sekolah, bayaran gaji dan elaun tenaga pengajar serta khidmat latihan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan peruntukan RM70 juta di Parlimen antara lain untuk Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Rakyat untuk kita agih pada mereka tapi mereka harus sedia untuk terlibat sama," katanya.

Dalam ucapan pada majlis itu juga, Muhyiddin memberitahu, Kerajaan Pusat memperuntukkan RM226 juta bagi pembayaran dalam bentuk emolumen dan perkhidmatan bagi kawalan dan kebersihan untuk sekolah-sekolah agama rakyat di seluruh negara.

Katanya, pengagihan peruntukan RM9 juta turut diberikan bagi sekolah-sekolah berkenaan dalam membolehkan pendidikan agama diperoleh golongan kanak-kanak.


KOMEN PENULIS

Ini komik nya BN, bila nak pilihanraya mula lah umum JUTA2/BILLION2 punya projek. tapi ada harganya, subsidi nak dihapuskan bermakna harga barang akan mahal. Cukai-cukai baru di perkenalkan, bermakna pendapatan bersih akan berkurangan. fikir-fikirkan


No comments: