Monday, March 21, 2011

Perang bermula

Lambakan propaganda telah bermula dengan di terajui oleh TPM Muhyidin Yassin. Dengan mengelar Pakatan Rakyat sebagai "HANTU JEMBALANG",(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive) Muhyidin telah mengishytiharkan perang propaganda yang di jangkakan terhebat yang pernah di lancarkan oleh BN melalui Media Arus Perdana (MAP).

Pendekatan "name calling" dan " demonizing enemy", ini cumalah permulaan dan di jangkakan BN/MAP akan melancarkan semua peluru propaganda yang ada (lihat posting sebelum utk takrifan jenis2 propaganda). Malah PM Najib pergi lebih jauh lagi dengan memperkatakan isu DNA yang masih dalam prosiding di Mahkamah Tinggi (yang mengikut undang-undang boleh diheret mahkamah atas tuduhan menghina mahkamah) semasa berucap di Serian Sarawak.

Semuanya ini tidak lain dari usaha BN/MAP untuk meyerang, melumpuhkan dan mengalih perhatian publik kepada isu-isu yang sedang dibawa oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya mereka. Kepada publik yang kurang berpendidikan dan tidak mempunyai capaian media alternatif akan termakan dakyah dan persepsi yang di sogokkan ke minda mereka.

No comments: