Thursday, December 25, 2008

Mengapa kita lemah dan kebelakang part 2

Salah satu kelemahan orang Melayu yang nyata adalah tidak menghargai ilmu. Natijah dari keadaan ini kebanyakan orang kita tak suka belajar. Malah lulusan universiti pun banyak yang cetek ilmu. Saya banyak kali terkedu apabila berbicara dengan beberapa lulusan universiti yang juga rakan sekerja, tidak banyak pengetahuan di luar lingkup profesian mereka. Jangan katakan tentang tokoh-tokoh tersohor dunia mereka tidak kenali, malah di sebut nama Pak Sako pun mereka celaru. Pernah satu ketika , bila akhbar menyiarkan berita kematian A Samad Ismail, mereka tertanya-tanya siapa tokoh ini.

Dari pengamatan saya, di bidang pembacaan anak-anak melayu amat malas sekali. Kalau mereka membaca pu hanyalah karya-karya picisan. Itulah sebabnya Harian Metro paling laris, kerana beritanya hanya sensasi dan ringan. Akhbar berbahasa Inggeris susah mereka nak jamah takut di cop nak jadi mat salleh.

Akibat dari kekurangan ilmu, orang kita jauh kebelakang. Tak boleh berfikir secara kritis, main ikut apa orang kata ( ungkapan yang selalu saya dengar " suratkhabar kata" ) . Minda lemah dan
layu. Tak punya banyak idea dan usaha. Selalu menyalahkan orang lain dan bermacam-macam lagi penyakit yang lahir dari kurang ilmu ini.

Saya beranggapan jika kita mahu memperjuangan nasib bangsa Melayu, harus ada usaha untuk merevolusikan minda orang melayu terutamanya anak-anak muda. Usaha ini pernah di bawa oleh Prof Syed Hussein Al Atas pada awal 70an, tapi tak di sambut dengan galak oleh pemerintah.

1 comment:

adie said...

sy stuju... tnpa kompromi lg! kdg2 tuu lulusan U pn xleh nk harap gak! kata bekas ketua pngarah pelajaran malaysia...(nama pn lupa)"pelajar melayu hanya membaca utk nk lulus periksa saja!"... psl harian metro tu.. sy pn baca tp bkn sbb sy nk baca berita ringan @ ringkas tp sbb kwn2 sy baca akhbar tu dn sy ni jenis yg x beli tp tmpang baca jer! lg 1, kdai tmpat minum pn sediakan akhbar yg sama! so sapa harus dipersalahkan jika anak2 melayu hanya baca berita ringan, ringkas,hiburan?