Friday, March 13, 2009

Bagaimana menapis berita dan kenali propaganda part II

Sejarah ringkas propaganda


Perkataan propaganda mungkin berasal dari satu gerakan pihak gereja dalam zaman reformis di Eropah yang cuba mempertahankan diri dari serangan puak reformis yang di ketuai oleh Galelio. Dari peristiwa ini lahirlah "congregation for the Propagation of Faith". Perkataan Propaganda mungkin di ambil dari konotasi negatif pihak gereja yang cuba mempertahankan kebatilan mereka.

Kaedah Propaganda telah di kesan seawal 2000 thn sebelum masehi (sun zu - the art of war) namun pengunaan nya dalam satu skala yang besar dan sistemetis telah bermula pada Perang dunia pertama. Menteri penerangan Jerman Josep Goubel adalah antara peneraju kaedah Propaganda yang terunggul. Kaedah propaganda digunakan dengan lebih meluas semasa Perang dunia kedua dengan kedua-dua belah pihak, Nazi dan Pihak bersekutu menonjolkan keburukan dan kekejaman pihak lawan dengan berlebihan dan mungkin tanpa fakta yang sah.

Selepas perang dunia kedua , sebuah institut yang dinamakan Institute Analisis Propaganda ditubuhkan di Amerika yang diterajui oleh Edgar Dale dan Leonart Doob yang ditaja oleh seorang saudagar kaya iaitu pengasas Tweinty Century Fund Edward A Fillene. Tujuan institut ini ditubuhkan antara lainnya ialah untuk menangkis kemungkinan pengaruh Hitler merebak kebumi Amerika. Sasaran utama institut ini ialah untuk mengajar audien atau khalayak sasaran nya untuk tidak berfikir. Dari sinilah munculnya tujuh kaedah propaganda. (the seven art of propaganda)
bersambung

No comments: