Tuesday, February 24, 2009

BAGAIMANA MENAPIS BERITA dan kenali Propaganda part 1

Dalam satu perbincangan kedai kopi mengenai perihal berita berat sebelah media arus perdana(MAP) , terdapat lontaran idea bahawa masyarakat yang prihatin harus memboikot MAP ini agar tidak terjerumus dalam perangkap mereka yang berkepentingan. Malah ramai yang secara salah menganggap berita-berita MAP adalah pembohongan fakta semata-mata.

Pada pendapat saya pembohongan fakta bukanlah isunya dan pemboikotan bukanlah cara yang terbaik. ini adalah kerana media bukanlah hanya berfungsi sebagai alat penyampai maklumat malah lebih dari itu ianya juga merupakan sumber hiburan dan alat kawal selia persekitaran (surveliance).Maka itu sebarang kempen memboikot MAP tidak akan berkesan kerana masyarakat tetap akan mencari dan mendapatkannya bagi memenuhi tuntutan naluri keintelektualan peribadi.

Isu sebenarnya ialah bagaimana mendidik masyarakat mengenali kaedah dan alat yang digunakan oleh media bagi mempengaruhi audien. Antara kaedah yang paling berleluasa digunakan oleh pihak MAP ialah Propaganda dan Penentuan Agenda (agenda setting). Tidak dapat dinafikan dua alat inilah yang melingkari pemikiran audien massa di Malaysia.

Parti pemerintah melalui media yang mengunakan kaedah propaganda dan penentuan agenda telah sekian lama menyimpangkan pemikiran audien massa di Malaysia agar berfikir mengikut kehendak dan tujuan politik mereka. Maka penulis berpendapat adalah lebih efisyen mengajar masyarakat mengenali kaedah yang di gunakan oleh mereka bagi menapis fakta yang cuba disumbatkan kedalam pemikiran masyarakat massa.

Definisi propaganda

Menurut Harold Laswell definisi propaganda adalah suatu teknik mempengaruhi tindakan melalui manipulasi kepada gambaran. Gambaran ini mungkin berbentuk pertuturan , penuliasan atau muzikal. Roger brown (1958) menambah propaganda adalah apabila seseorang menilai tindakan sebagai matlamat kepada usaha pemujukan akan berfaedah kepada si pemujuk tetapi bukan minat kepada si pemujuk.

Antara tujuan popaganda adalah (werner j severin DBP 1988)

1. untuk menimbulkan kebencian terhadap musuh
2. untuk memelihara perhubungan persahabatan antara pakatan
3. untuk menghasilkan kerjasama antara yang nuetral
4. untuk melemahkan semangat musuh.

SEJARAH PROPAGANDA

No comments: