Tuesday, March 15, 2011

Kekangan media arus perdana

Media tak demokratik, kata Hadi
Feb 26, 11 3:56pm

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengecam pengamal media khususnya media arus perdana kerana dikatakan tidak demokratik dan tidak bersikap adil dalam membuat liputan parti pembangkang.

Hadi berkata sehingga kini BN terus menggunakan sepenuhnya media arus perdana seperti Radio Televisyen Malaysia, TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian bagi menentang pembangkang.

Bercakap kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Kerdau, Hadi berkata BN turut menggunakan sepenuhnya media milik kerajaan semasa kempen pilihan raya.

"Ini tidak demokratik dan sebab itu keputusan pilihan raya tak boleh diukur kerana rakyat tidak mendapat semua maklumat.

"Media termasuklah SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) masih ada terang-terang di sini...pegawai-pegawai yang berpihak kepada BN dalam SPR yang mengurus dan menjamin BN menang melalui daftar pemilih," katanya.

- Bernama

saya bersetuju dengan pendapat TGHH dan rasanya sesiapa sahaja yang sihat akalnya dapat menilai bagaimana media dan maklumat cuba di kuasai dan di perkudakan untuk kepentingan dan kelangsungan regim BN.

No comments: