Peruntukan: Warga Felda sambut baik
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Peruntukan RM1.6 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembangunan Felda semalam menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan dan masalah yang dihadapi warga Felda.
Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata, peruntukan berkenaan sudah semestinya menggembirakan semua warga peneroka daripada 317 buah Felda di seluruh negara.
“Pemberian ini dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi, pendidikan dan sosial di tanah rancangan serta penting dalam memacu pembangunan infrastruktur, operasi, kebajikan, pendidikan dan pengurusan Felda.
“Ia juga sejajar dengan matlamat GWGF untuk 20 tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Semalam di Labis, Johor, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion itu untuk memaju dan membangunkan warga Felda di seluruh negara pada tahun ini.
Menurut Najib, peruntukan itu merangkumi pelbagai usaha menambah baik kemudahan dan keselesaan masyarakat Felda termasuk pengurusan, pinjaman, perparitan dan prasarana yang lain.
Kata Perdana Menteri, peruntukan besar itu sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan Felda bankrap.
Rozali memberitahu, peruntukan yang besar itu turut disokong oleh 12 persatuan gabungan lain seperti Persatuan Peneroka Felda Malaysia (PPFM), Pertubuhan Penerokawati Felda, dan Pertubuhan Anak-anak Peneroka Luar Negara.
Katanya, masalah perumahan generasi kedua Felda yang dipanjangkan ke Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) menemui penyelesaian apabila Najib turut mengumumkan peruntukan RM8.5 juta dana khusus untuk pembangunan prasarana 500 lot tanah kepada generasi kedua peneroka di Johor.
“Ini adalah titik permulaan dan GWGF berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan di negeri lain,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, GWGF menyeru agar semua warga Felda mensyukuri nikmat yang diberikan ini.
‘‘Kita berharap pihak Felda dapat merancang peranan generasi barunya dengan lebih sistematik dan menyeluruh,’’ katanya.
kata tok mushi
Bukankah ini rasuah. kalau nak umum peruntukan mengapa mesti tunggu pilihanraya. mengapa hanya generasi kedua peneroka di tenang saja dapat lot tanah. macam mana dengan lebih 300 gugusan felda lain di seluruh negara
No comments:
Post a Comment