KENYATAAN MEDIA11 Ogos 2009Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yangmemanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja denganhasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlahkali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini.Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru denganmenghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadidengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudutdasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelas walaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO. Kenyataan MajlisPimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasaryang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan,kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.
Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas namakomisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yangdiperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kronimereka.Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusiRaja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghinaIslam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit. Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA
No comments:
Post a Comment