http://www.malaysiakini.com/news/267046
Susulan dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas orang Melayu yang didakwanya sanggup membunuh diri dan umat Islam lain kerana perbezaan politik atau ideologi demi menuju syurga.
Dalam tulisan blognya hari ini, tokoh politik itu berkata umat Islam belum mendengar ulama Malaysia memberi pendapat atau membuat fatwa berhubung perbuatan seumpama itu.
"Jika pendapat berkenaan bunuh diri, bunuh saudara seagama akan dapat balasan syurga, mungkin ramai lagi orang Melayu yang akan melilit bom di badan dan meletupkannya supaya dapat membunuh ramai orang Islam lain yang tidak dikenali dan tidak bermusuh dengan mereka," katanya.
Beliau juga cuba mencari seruan dalam Al-Quran yang menyeru membunuh diri atau orang Islam lain tetapi beliau tidak menjumpai firman Allah yang menyuruh meningkatkan permusuhan dengan memihak mana-mana pihak.
"Al-Quran menyuruh kita damaikan antara dua orang Islam jika mereka bermusuh. Jika mana-mana pihak menolak kedamaian barulah boleh pihak ketiga memihak kepada pihak yang menerima kedamaian.
"Sesungguhnya Allah berkali-kali menyatakan tidak suka mereka yang mencetuskan huru-hara," katanya.
Beliau belum pernah menjumpai seruan supaya bermusuh sesama Islam, syahid dengan membunuh diri atau membunuh orang Islam lain melalui sabda Nabi Muhammad SAW.
"Mungkin ada hadis yang menyuruh kita bermusuh sesama Islam. Tetapi saya belum jumpa... Saya cuma ingin tahu pendapat ulama di Malaysia berkenaan syurga yang menanti mereka sebagai pejuang Islam ini," katanya.
munshi abdullah the junior
Monday, June 30, 2014
Friday, June 27, 2014
Wednesday, July 3, 2013
Turning point
"Turning Point" a point at which a decisive change takes place; critical point; crisis.
Dalam mengharungi perjalanan kehidupan, kita tidak boleh terlepas dari melalui liku-liku dan cubaan. Ianya merupakan sunnah kehidupan dan setiap yang hidup pasti akan merasainya. Namun adakalanya atau ketikanya, sesuatu dugaan itu mampu mengubah kehidupan kita secara keseluruhannya. Yakni peristiwa yang berlaku yang kita namakan dugaan itu membuatkan kita berhenti sejenak, merenung dan berfikir dan akhir sekali kita mengambil satu keputusan yang merubah sama sekali arah perjalanan hidup kita.
Thursday, June 6, 2013
akhirnya Mahathir bercakap benar
Lepas PRU baru Dr M dedah wajah sebenar Umno
Harakahdaily
Selasa, 04 Jun 2013 07:14
(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)
Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.
Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.
“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.
Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.
“Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.
Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.
“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.
Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.
“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.
Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.
"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.
“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.
Wednesday, June 5, 2013
Monday, December 24, 2012
Wednesday, July 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)